Pemandu lori rentung dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri

Pemandu lori rentung dalam nahas di Jalan Bintulu-Miri

BINTULU – Pemandu lori membawa muatan batu rentung setelah kenderaan dipandunya melanggar lori kayu balak sebelum terbakar di Kilometer 38.6, Jalan Bintulu-Miri, dekat sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima kira-kira 10.01 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya mereka di tempat kejadian, didapati sebuah lori membawa muatan batu melanggar bahagian belakang lori kayu balak menyebabkan lori membawa batu berkenaan terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Api berjaya dipadamkan dan mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebelum mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Identiti mangsa belum dikenal pasti manakala pemandu lori balak itu tidak dapat dikesan di lokasi kejadian. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *