Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman

Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman

KUALA LUMPUR – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Hussin Othman pada 7.15 malam, hari yang sama.

Menurutnya pada hari berkenaan, Hussin dilihat kali terakhir keluar dari Wad 24, Aras 5, HKL pada pukul 6 petang.

“Hussin berketinggian kira-kira 168 sentimeter, berambut putih, memakai cermin mata dan bertongkat, serta mengenakan baju warna kelabu berlogo mini love, seluar pendek berwarna kelabu dan berselipar, sambil memegang bungkusan plastik warna merah dan putih,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa dimohon menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-2600 2264 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *