GUA MUSANG – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam.
Dalam insiden sekitar jam 5.18 petang, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan tersepit di tempat pemandu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh, berkata kemalangan itu membabitkan kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa dan sebuah Toyota Hilux.
Beliau berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kereta itu terbakar seratus peratus.
“Anggota bersama jentera tiba di lokasi pada jam 5.28 petang dan api berjaya dipadamkan pada jam 5.47 petang. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.
“Penumpang hadapan Proton Saga dan pemandu Toyota Hilux yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, operasi membabitkan 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001