Pesawat Hawaiian Airlines berpatah balik selepas asap memasuki kokpit

Pesawat Hawaiian Airlines berpatah balik selepas asap memasuki kokpit

SAN FRANCISCO – Sebuah penerbangan Hawaiian Airlines menuju Honolulu dari Seattle terpaksa berpatah balik sejurus sebaik berlepas pada Isnin kerana kru melaporkan terdapat asap di dalam kokpit pesawat Airbus A330, lapor Xinhua yang memetik The Seattle Times pada Selasa.

Hawaiian Airlines memaklumkan bahawa asap itu tidak kelihatan dan menggambarkannya sebagai wap.

“Kapten mengisytiharkan kecemasan untuk mendapatkan keutamaan pendaratan dan pesawat Airbus A330 mendarat di SEA tanpa insiden,” kata jurucakap Hawaiian Airlines Marissa Villegas, dalam satu kenyataan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan perubatan dan bomba berada di pintu pesawat dan kesemua 273 penumpang serta 10 kru berjaya keluar dengan selamat.”

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Penerbangan 21 berlepas semula pada pagi Selasa menggunakan pesawat baharu, tambah Villegas.

Alaska Air Group yang berpangkalan di SeaTac menyelesaikan pengambilalihan Hawaiian Airlines pada September. Kedua-dua syarikat penerbangan kini dalam proses menggabungkan operasi mereka, menurut laporan The Seattle Times. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *