Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi

Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi

MANILA – Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan pada Ahad untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon menjelang Isnin berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu, lapor Xinhua.

Kanlaon, yang terletak di sempadan Wilayah Negros Oriental dan Negros Occidental di Pulau Negros, Filipina tengah, meletus pada 9 Disember lepas, menghamburkan kepulan besar abu yang menjulang lebih 4,000 meter ke udara.

Arahan itu dikeluarkan oleh Raul Fernandez, Pengarah Pejabat Pertahanan Awam di Wilayah Visayas Barat, meminta pihak berkuasa tempatan di kedua-dua wilayah itu menyelesaikan pemindahan penduduk menjelang Isnin.

Langkah itu diambil susulan peningkatan aktiviti gunung berapi yang mendorong pihak berkuasa bertindak pantas bagi melindungi penduduk daripada bahaya risiko.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, terdapat segelintir penduduk yang enggan meninggalkan zon bahaya meskipun berdepan ancaman letusan besar.

Penduduk yang masih belum berpindah diminta mematuhi arahan itu bagi mengelakkan risiko akibat kemungkinan letusan baharu, kata Fernandez.

Beliau menegaskan, kerajaan telah melaksanakan strategi pemindahan menyeluruh untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan penderitaan sekiranya berlaku letusan yang dahsyat.

Pada Jumaat, Presiden Ferdinand Marcos Jr memaklumkan, lebih 45,000 penduduk dari perkampungan sekitar gunung berapi itu telah dipindahkan ke lokasi selamat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Marcos turut memaklumkan, kerajaan menyasarkan pemindahan kira-kira 84,000 penduduk yang berada dalam zon bahaya.

Pada Ahad, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan peningkatan gempa gunung berapi dan pelepasan gas dari Kanlaon serta mendapati struktur gunung berapi itu sedang mengembang.

Institut itu memberi amaran bahawa aktiviti berkenaan berpotensi mencetuskan letusan berbahaya yang lain. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *