Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle

Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, sebentar tadi.

Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid Kamil Zahari, 43, enggan melafaz cerai terhadap isterinya itu pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka pada Isnin.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson enggan memaklumkan wakil JKP yang akan mewakilinya, manakala Farid belum melantik wakil JKP.

Mahkamah menetapkan 24 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Semasa prosiding, Diana diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pada prosiding terdahulu, Akberdin memaklumkan, tiada lagi persefahaman dan perbalahan yang panjang antara punca Diana tekad memfailkan penceraian kali kedua pada 4 November lalu.

Permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 10 Mac 2023, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dan Diana kemudian bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu, namun rujuk kembali sebulan kemudian.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *