Mangsa banjir kini meningkat kepada 37,189 - PM

Mangsa banjir kini meningkat kepada 37,189 – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan mangsa banjir serta penduduk di kawasan terjejas menjadi keutamaan sepanjang tempoh antara November ini hingga Mac.

Beliau menerusi pemakluman di Dewan Rakyat hari ini, berkata jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 orang membabitkan 11,385 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

Rentetan itu, katanya, sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka di keenam-enam negeri berkenaan setakat ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu 30,582 orang membabitkan 9,223 keluarga. 157 PPS juga sudah dibuka di sembilan daerah di Kelantan.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; NADMA dan seluruh jentera, termasuk kerajaan negeri yang memberi kerjasama persiapan lebih baik tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *