Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang

Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang

JERTIH – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar pokok tumbang di Kampung Apal di sini, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata polis menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Ketika sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebatang pokok kelapa tumbang melintang ke tengah jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Md Sani berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Noraini Muhammad Zin di talian 013-4384239.

Polis turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati terutama pada musim hujan bagi mengelakkan kemalangan, katanya.

— BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *