BERITA UTAMA
Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith UM

Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith UM

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan Rizalman Ibrahim (RI), Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

Pelantikan berkuat kuasa 23 Oktober lalu untuk tempoh tiga tahun diumumkan di akaun Facebook Academy of Islamic Studies semalam.

“Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Rizalman Ibrahim atas pelantikan sebagai Profesor Adjung, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,” menurut kenyataan ringkas itu.

Sementara itu, pengurusan tertinggi Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dalam kenyataan berkata pengiktirafan itu bukan sahaja penghormatan buat Rizalman secara peribadi, malah kepada ahli syarikat yang bernaung di bawah kepemimpinan beliau.

“Kami berbangga atas pencapaian demi pencapaian diperoleh Datuk Rizalman melalui pelbagai pengiktirafan oleh badan seperti universiti awam dalam negara.

“Pengiktirafan sedemikian bukan sahaja hasil sokongan dana dan keprihatinan beliau dalam membantu pembangunan ummah daripada aspek ekonomi dan rohani, malah keunikan pemikiran serta kemampuan beliau dalam membuat percaturan pelaburan saham akhirat berpulangan tinggi.

“Natijah daripada cetusan idea beliau sering bersifat inklusif dan berimpak tinggi dan menjadikan beliau seorang popular dalam kalangan rakan kolaborasi,” katanya dalam kenyataan disiarkan di laman sosial Rizalman.

Menurut kenyataan itu, Rizalman seorang pemikir yang mampu bersinergi dengan pakar dalam pelbagai bidang terutamanya al-Quran dan hadis bagi memperkasakan kedua-dua cabang ilmu utama itu.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *