BUENOS AIRES – Mahkamah Rayuan Argentina mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Presiden negara itu, Cristina Fernandez de Kircher pada Rabu.
Kircher, yang berdepan tuduhan rasuah dalam pemberian projek awam, didapati bersalah menipu kerajaan dan dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun.
Namun, kes ini masih boleh dirayu ke Mahkamah Agung.
Kircher pernah berkhidmat sebagai Presiden negara itu selama dua penggal antara 2007 hingga 2015 dan baru-baru ini sebagai Naib Presiden dari 2019 hingga 2023.
Difahamkan, Kircher telah dicalonkan untuk memimpin Parti Justicialista pada 17 November ini, selepas bekas Presiden Alberto Fernandez dilucutkan jawatan akibat tuduhan keganasan rumah tangga.
Namun, undang-undang yang sedang dibahas di Kongres untuk melarang individu yang disabit kesalahan rasuah akan merumitkan masa depan politik Kirchner jika ia diluluskan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252