Suspek bunuh dua beranak angkara cintanya ditolak didakwa hari ini

Suspek bunuh dua beranak angkara cintanya ditolak didakwa hari ini

GEORGETOWN – Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut dalam kejadian di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, Khamis lalu akan didakwa hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata lelaki berusia 32 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan didakwa di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 9 pagi.

“Susulan itu, polis berjaya melengkapkan siasatan kes bunuh berprofil tinggi ini dalam tempoh enam hari sahaja sehingga menghasilkan pertuduhan terhadap suspek bunuh berkenaan pada esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, media melaporkan kejadian menimpa Siti Zulaila, 30, bersama bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, yang maut akibat ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini.

Insiden itu dipercayai berpunca akibat mangsa wanita dikatakan menolak cinta suspek.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.

Reman suspek yang dirawat di HPP selama tujuh hari berakhir semalam. – BH

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *