BERITA UTAMA
Pemilik akaun TikTok dikait ahli kerabat Kelantan, PKDK buat laporan polis

Pemilik akaun TikTok dikait ahli kerabat Kelantan, PKDK buat laporan polis

KOTA BHARU – Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) hari ini membuat laporan polis berhubung seorang pemilik akaun TikTok yang dikaitkan sebagai anak saudara kepada Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Ahli Jawatankuasa PKDK Tunku Mohammed Nazarin Tunku Yusoff mengesahkan penama itu bukan kerabat Diraja Kelantan dan tiada kaitan dengan pihak Istana Kelantan.

Beliau berkata hantaran itu termasuk mengaitkan pemilik akaun berkenaan sebagai anak saudara Tengku Anis dan sepupu Sultan Kelantan Sultan Muhammad V oleh seorang lagi pemilik akaun TikTok.

“Saya telah membuat carian atas nama pemilik akaun TikTok terbabit dan mendapati ada satu hantaran bertarikh 27 Ogos 2024 berkaitan kehadiran pemilik akaun itu hadir ke majlis sambutan hari lahir Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.

“Laporan polis dilakukan memandangkan pemilik akaun berkenaan tidak pernah menafikan atau memperbetulkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dikomen oleh pengguna,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, hari ini.

— BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *