BERITA UTAMA
PBB suarakan kebimbangan operasi tentera Israel jejas tapak warisan Lubnan

PBB suarakan kebimbangan operasi tentera Israel jejas tapak warisan Lubnan

BEIRUT – Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan mengenai kesan serius operasi ketenteraan Israel terhadap orang awam di Lubnan, dengan memberi tumpuan kepada kerosakan pada tapak keagamaan dan budaya, lapor Xinhua.

Menurut pejabat PBB itu, sejak Oktober lalu, Israel telah memusnahkan atau merosakkan sekurang-kurangnya 10 masjid dan gereja.

PBB menekankan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, serangan ke atas tapak keagamaan adalah dilarang.

PBB turut menyuarakan kebimbangan berhubung serangan berhampiran kompleks kuil purba yang disenaraikan sebagai tapak Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Baalbek, sambil menekankan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa menghendaki perlindungan tapak awam, kecuali jika penggunaan ketenteraan disahkan.

Walaupun dalam kes sedemikian, ia menekankan serangan mesti seimbang dan dilaksanakan dengan berhati-hati.

Jeanine Hennis-Plasschaert, penyelaras khas PBB untuk Lubnan turut memberi amaran di media sosial mengenai risiko terhadap tapak warisan Lubnan di Tyre dan Baalbek, yang menempatkan runtuhan Rom kuno yang diiktiraf UNESCO.

“Warisan budaya Lubnan tidak sepatutnya menjadi satu lagi mangsa dalam konflik yang mengakibatkan kebinasaan ini,” katanya. – BERNAMA-XINHUA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *