BERITA UTAMA
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne

Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne

MELBOURNE – Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.

The Sun melaporkan mayat Leong Kum Chuan, 29, atau dikenali sebagai KC itu ditemui dengan kesan beberapa tikaman di unit kediamannya di blok pangsapuri Bellfield berhampiran Ivanhoe setelah menerima aduan rakannya.

Hasil pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) membawa kepada penahanan suspek yang merupakan seorang gelandangan, Simon Hunter, 54 tidak jauh dari lokasi kejadian.

Hunter yang didakwa menghidap skizofrenia berdepan dakwaan membunuh oleh Mahkamah Majistret Melbourne, sehari selepas insiden menggemparkan itu.

Sepanjang perbicaraan melalui sidang video itu, Hunter yang tampil tidak berbaju itu jelas kelihatan gelisah dan turut menjerit seperti orang hilang kawalan.

Majistret Tara Hartnett kemudiannya memutuskan perbicaraan seterusnya adalah pada 14 Januari depan.

Ketika ini, media sosial rakan mangsa dibanjiri ucapan takziah atas pemergian KC yang baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dan telah berkhidmat di Melbourne’s Eastern Health sejak 2021.

“Kami banyak memori bersama ketika bekerja selama tiga tahun di hospital yang sama. Dia seorang yang bijak dan berperwatakan lucu dan rakan yang baik,” kata sahabatnya dikenali sebagai Joshua.

Difahamkan, keluarga KC tiba di Melbourne pada Khamis, namun tidak menghadiri perbicaraan tersebut. AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *