BERITA UTAMA
Sultan Nazrin pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267

Sultan Nazrin pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-267 di Istana Negara hari ini.

Berangkat sama pada mesyuarat berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Kedah Al-Aminul Karim, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Turut berangkat ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; dan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat MRR ke-267 di Istana Negara.

Kali terakhir mesyuarat MRR diadakan adalah pada 17 Julai lalu selama dua hari yang dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *