KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyerbu sebuah premis di Pusat PerindustrianĀ Pulau Indah, Klang, Selangor disyaki menjalankan aktiviti penghasilan dan
penjualan getah guna tebus atau ‘reclaimed rubber’ secara haram, Rabu lalu.
Agensi ituĀ dalam kenyataan, memaklumkan serbuan bermula jam 11 itu dikoordinasikanĀ sepasukan anggota penguat kuasa LGM susulan aduan awam dan risikan, laporĀ Berita Harian.
Katanya,Ā serbuan dilakukan secara bersepadu bersama penguat kuasa Majlis BandarayaĀ Diraja Klang (MBDK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Polis DirajaĀ Malaysia (PDRM).
š 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“MenerusiĀ serbuan itu, kita menyita 42 palet getah tebus guna dianggarkan seberat 70 tanĀ bernilai kira-kira RM200,000.
“SiasatanĀ mendapati, premis ini didapati menjalankan aktiviti penghasilan dan penjualanĀ getah tebus guna di luar daripada premis yang dilesenkan,” katanya.
TambahĀ kenyataan itu, aktiviti dijalankan di premis terbabit adalah satu kesalahanĀ mengikut Peraturan-Peraturan LGM (Pelesenan dan Permit) 2014 di bawah PeraturanĀ 7 (1)(b).
Jika disabitkanĀ kesalahan, pemilik boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atauĀ dipenjarakan untuk tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
“SelainĀ sitaan, pihak LGM turut mengeluarkan satu kompaun terhadap pengendali premisĀ dan pihak MBDK pula mengeluarkan tujuh notis tindakan atas pelbagai kesalahan.
“PremisĀ ini menghasilkan getah tebus guna daripada sisa tayar getah dan produk getahĀ yang diproses semula untuk menghasilkan pelbagai produk akhir seperti lapisanĀ bawah karpet, tapak taman permainan dan sebagainya,” katanya.
Katanya, bahanĀ itu sebahagian besarnya akan dieksport ke luar negara selain pasaran tempatan.
“Pihak LGMĀ akan terus menjalankan operasi secara bagi mengawal selia keseluruhan rantaianĀ industri getah yang beroperasi khususnya kilang yang beroperasi tanpa memiliki
lesen yang sah.
“OrangĀ awam dialu-alukan untuk tampil membuat sebarang aduan berkaitan pelesenan danĀ penguatkuasaan dalam industri getah kepada LGM dalam membantu membanteras
kegiatan sebegini,” katanya.
Aduan bolehĀ disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) LGM dipautanĀ https://lgm.spab.gov.my/eApps/system/index.do. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok:Ā https://www.tiktok.com/@nasionaldaily_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com/ sales@nasionaldaily.com / 010-89422
