Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu

Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis, kata Kementerian Kesihatan Lubnan.

Jumlah tersebut merangkumi sembilan kematian dan 24 kecederaan di Beirut susulan beberapa serangan dilakukan semalaman, termasuk satu di tengah bandar.

Media antarabangsa melaporkan, letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.

Turut dilaporkan, kawasan di luar Lapangan Terbang Beirut turut diserang oleh tentera Zionis.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyeru orang awam berhampiran dua bangunan di pinggir selatan Beirut untuk melarikan diri dan mencari tempat perlindungan. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *