BERITA UTAMA
Banjir besar landa utara Thailand

Banjir besar landa utara Thailand

CHIANG MAI: Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.

Hujan lebat yang melanda wilayah itu turut menyebabkan tebing Sungai Sai di wilayah Chiang Mai pecah.

Rakaman turut menunjukkan aliran air dipenuhi sampah dilihat mengalir melepasi penghadang beg pasir yang diletakkan di sekitar bangunan seterusnya menutupi jalan raya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Daerah Mae Sai dan Wiangpangkham mengarahkan evakuasi segera kerana bimbang ribut akan datang berkemungkinan menyebabkan banjir lebih teruk.

Hujan lebat melanda utara Thailand sejak beberapa minggu lalu yang mana hujan monsun bermusim menyebabkan banjir besar apabila sungai bersempadan dengan Myanmar melimpah keluar.

September tahun lalu, Taufan Yagi melanda negara itu mengorbankan 42 nyawa di utara Thailand dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Thailand dan negara jiran di Asia Tenggara sedang mengalami musim hujan monsun tahunan yang menyaksikan peningkatan suhu diikuti ribut hujan lebat pada waktu petang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *