TEBING BARAT – Mayat penduduk Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Zionis dalam serangan di Qabatiya, berhampiran bandar Jenin, Tebing Barat pada Khamis, dicampak dari atap sebuah rumah.
Menurut agensi berita Palestin, WAFA, sebelum kejadian, rejim Zionis mengepung rumah tersebut sebelum naik ke atap dan menembak tiga pemuda Palestin yang berlindung daripada keganasan tentera Israel.
Kesemua mayat mereka kemudian dicampak satu persatu ke bawah.
Mayat-mayat itu kemudian diangkut dengan sebuah jentolak dan kini berada di tangan anggota rejim Zionis.
Menurut agensi itu lagi, rumah tersebut kini dirobohkan Israel sementara empat buah rumah lain di kawasan sama masih dikepung.
Dalam masa sama, 10 penduduk lain dilaporkan cedera dalam insiden serangan tersebut.
Sementara itu, di kawasan sama, seorang penduduk Palestin cedera parah selepas sebuah kenderaannya dibom dalam satu serangan udara dilakukan rejim itu.
Insiden itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera termasuk seorang kanak-kanak. – Agensi
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252