1 maut, 2 cedera selepas bot tunda karam di perairan Singapura

1 maut, 2 cedera selepas bot tunda karam di perairan Singapura

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 39 tahun maut, manakala seorang lagi hilang selepas bot tunda yang mereka naiki karam di Eastern Anchorage dalam had pelabuhan Singapura pada kira-kira jam 2.15 petang Rabu.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-duanya adalah kru bot tunda OSHIO.

Agensi itu berkata mangsa yang maut sebelum ini telah diselamatkan oleh Polis Pengawal Pantai (PCG) dan dibawa ke hospital, tetapi dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi kru yang hilang, tetapi jantina dan umur mangsa tidak didedahkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“MPA telah mengaktifkan penyelam penyelamat untuk mengesahkan lokasi bot tunda yang karam bagi operasi menyelamat dan sedang mengeluarkan siaran pengemudian untuk kapal-kapal menjauhi kawasan terlibat,” kata MPA.

Tiada pencemaran minyak dilaporkan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *