BERITA UTAMA
PERHILITAN Selangor pasang perangkap buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 7

PERHILITAN Selangor pasang perangkap buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 7

SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor akan meletakkan ‘banner’ peringatan di sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 7 serta memasang perangkap bagi menangkap buaya yang dipercayai muncul di kawasan itu.

Berita Harian melaporkan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga sudah memasang tali penghadang di sekitar kawasan tasik berkenaan.

“PERHILITAN Selangor akan meletakkan ‘banner’ peringatan di sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 7 serta memasang perangkap bagi menangkap buaya yang dipercayai muncul di kawasan itu.

“Pemantauan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa,” jelas MBSA.

Terdahulu, MBSA mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bersama PERHILITAN Selangor susulan kemunculan seekor buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 7 seperti yang tular di media sosial.

Perbincangan mengenai isu berkenaan dihadiri Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam, Mohd Azhar Mohd Sharif; Pengarah Kesihatan Persekitaran, Norhisham Mohammad; Timbalan Pengarah PERHILITAN Selangor, Mohd Amir Abu Bakar serta Pasukan PANTAS MBSA.

MBSA turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jika perlu elakkan beriadah di sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 7. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *