Semua resolusi AGM 2024 Betamex diluluskan pemegang saham

Betamek wujudkan kerjasama penyelidikan dengan UTP

KUALA LUMPUR – Betamek Berhad (Betamek) memeterai Perjanjian Kerjasama Penyelidikan (RCA) dengan Institut Teknologi PETRONAS Sdn. Bhd. (ITPSB), sebuah anak syarikat Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) untuk membangunkan projek SafeSync360: Next-Gen Infotainment with Child Guard Technology.

Pembangunan kerjasama Betamek Research Sdn. Bhd. (BRSB) dan ITSB itu bertujuan untuk menolak sempadan keselamatan automotif dan infotainmen dengan menyepadukan teknologi termaju yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dalam kenderaan sambil menyediakan kandungan serta penyelesaian hiburan bermaklumat.

ITPSB, sebagai anak syarikat UTP, memainkan peranan penting dalam memajukan inisiatif penyelidikan itu dan memupuk kerjasama yang menyumbang kepada kemajuan teknologi dan inovasi di Malaysia.

Pengarah Eksekutif Betamek, Muhammad Fauzi Abd. Ghani berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama dengan UTP, yang mencerminkan komitmen berterusan terhadap inovasi dan keselamatan dalam industri automotif.

“Projek SafeSync360 adalah bukti dedikasi kami dalam membangunkan teknologi canggih yang meningkatkan keselamatan dan pengalaman penumpang kenderaan, terutama kanak-kanak.

“Kami menantikan kejayaan menyiapkan projek ini dan impak positifnya terhadap penawaran produk masa depan kami,” katanya di sini, hari ini.

Harta intelek (IP) hasil daripada kerjasama itu akan dimiliki oleh BRSB, termasuk sebarang ciptaan, kaedah, proses, reka bentuk, pelan, lukisan, maklumat saintifik, teknikal atau kejuruteraan atau dokumentasi yang dibangunkan semasa projek.

Beliau menambah, kerjasama itu sejajar dengan objektif strategik Betamek untuk meningkatkan penawaran produknya melalui inovasi dan kemajuan teknologi.

Projek SafeSync360 mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam membangunkan penyelesaian automotif generasi akan datang yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga melindungi penumpang.

Inisiatif ini menekankan komitmen Betamek untuk berada di barisan hadapan dalam inovasi elektronik automotif. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *