BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, menamatkan cabaran Terbuka Korea Selatan selaku naib juara selepas tewas kepada wakil tuan rumah, di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi.
Berdepan wakil tuan rumah, Baek Ha-na-Lee So-hee, mereka berdepan permulaan sengit apabila saling mengutip mata demi mata sehingga terikat 10-10.
Bagaimanapun, segalanya serba tidak menjadi buat Pearly-Thinaah sebelum tewas 12-21.
Set kedua menyaksikan corak permainan Ha-na-So-hee membenarkan mereka mengungguli permainan apabila berjaya mendahului 14-7 sebelum menoktahkan kemenangan 21-11. – Astro Arena
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252