KUALA LUMPUR – “Ya, saya ada tatu yang saya buat dua tahun lalu semasa berada di luar negara,” kata pelakon, Fathia Latiff, 37, mengenai tatu di bahagian tangan kirinya.
Terdahulu, perihal tatu Fathia itu muncul dalam rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menarik perhatian ramai netizen yang memperkatakannya.
Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff berkata, dia sebenarnya ada perancangan untuk membuang tatu itu berikutan sudah sedar yang tindakan dilakukannya dulu adalah salah.
“Saya sebenarnya terbuat (cacah) tatu tulisan ‘Angle On Earth’ yang ketika itu saya dalam keadaan mengalami tekanan dan tak mampu berfikir secara waras. Tapi sekarang saya tahu, benda ini salah.
“Semasa saya buat (tatu) pun, memang tak fikir apa-apa dan buat saja. Itu satu saja tatu yang saya ada,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada sidang media drama dalam talian (online), Jangan Tinggal Abang Dek!, semalam.
Mengulas penerimaan ibu bapanya, Fathia berkata, sudah tentu mereka marah dan meminta dia membuang tatu itu, namun buat masa ini belum ada kesempatan untuknya berbuat demikian kerana jadual kerja yang sibuk.
“Ibu bapa mana yang tak marah apabila anaknya buat salah. Tapi tidaklah mereka marah yang teruk sangat kerana ibu bapa saya faham keadaan diri saya yang tidak boleh ‘stress’ (tertekan).
“Jadi, mereka bimbang juga kalau saya ‘stress’ semula nanti dan akan buat benda pelik-pelik lain. Tapi, saya pun memang ada niat nak buang tatu ini, cuma belum ada masa lagi.
“Saya hormati permintaan ibu bapa yang ingin saya buang tatu berkenaan dan insya-Allah, saya akan lakukannya nanti sebab saya pun kesal dah terbuat tatu ini,” katanya.
Mengenai perkembangan karier seninya, Fathia berkata, dia teruja dan sudah bersedia untuk kembali aktif dalam karier lakonan serta berterima kasih kepada pengarah juga penerbit, Erma Fatima kerana sudi memberikan peluang.
“Saya jadikan drama ‘online’, Jangan Tinggal Abang Dek! sebagai karya permulaan untuk merancakkan semula karier lakonan yang sudah lama juga saya tinggalkan sebelum ini. Saya akan cuba beri komitmen yang baik.
ADVERTISING
“Apapun, bekerjasama dengan mama Erma bagi saya adalah peluang rezeki yang baik untuk saya mengatur semula langkah aktif di dalam karier lakonan, walaupun saya juga ada kerja yang lain,” katanya.
Selain Fathia, drama Jangan Tinggal Abang Dek! turut dibintangi Adira Suhaimi dan Datuk Adi Putra sebagai watak utama serta diperkuatkan dengan pembabitan Nabila Huda, Elly Mazlein, Alya Iman dan ramai lagi.
Drama bergenre komedi romantik ini akan disiarkan kepada penonton di aplikasi TikTok dan Instagram Karya TV pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan durasi tayangan selama tiga minit. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252