BERITA UTAMA
Sudahlah tak pulang motosikal, tikam kawan pula

Sudahlah tak pulang motosikal, tikam kawan pula

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki menikam rakannya dengan pisau dapur di sebuah pangsapuri di Semenyih, Kajang dekat sini, semalam.

Kejadian jam 2.51 petang itu membabitkan mangsa seorang lelaki berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu kuari di Gombak yang cedera akibat ditikam empat kali dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek berkaitan motosikal.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertemu suspek di rumah kakak suspek di pangsapuri terbabit sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka, lapor BHNews.

“Suspek dikatakan gagal memulangkan motosikal yang dipinjam daripada mangsa sejak bulan lalu.

“Berang dengan tindakan mangsa memarahinya, suspek mengambil pisau dari dapur rumah kakaknya sebelum mengejar mangsa dan menikamnya beberapa kali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Naazron berkata, mangsa ditikam tiga kali pada pinggang dan satu tikaman pada bahu kiri.

Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Suspek menghilangkan diri selepas kejadian dan usaha mengesannya dijalankan pihak polis.

“Siasatan mendapati suspek berusia 30-an dan tidak bekerja,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tampil membantu siasatan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *