BERITA UTAMA
PRK Nenggiri: BN menang majoriti 3,372 undi

PRK Nenggiri: BN menang majoriti 3,372 undi

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Mohd Azmawi Fikri diumumkan secara rasmi menang selepas menewaskan calon BERSATU mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi sekali gus menawan semula kerusi itu.

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, jam 9.35 malam ini.

DI KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meraikan kemenangan di DUN Nenggiri dengan penuh tawaduk dan keinsafan bahawa jalan perjuangan parti masih panjang untuk rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan itu juga adalah pemangkin dalam meneruskan usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.

BN menyifatkan kemenangan besar dicapai Mohd Azmawi Fikri adalah bukti rakyat tidak menolak parti itu.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kemenangan bergaya itu turut menyaksikan gelombang kebangkitan anak muda dan orang Melayu.

Mohd Azmawi pula mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana memilihnya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Bahgian Gua Musang berkata, kemenangan malam ini bukan kemenangan beliau semata-mata sebaliknya kemenangan parti. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *