BERITA UTAMA
PRK Nenggiri: Keluarlah mengundi tidak kira calon mana yang ingin dipilih - Ku

PRK Nenggiri: Keluarlah mengundi tidak kira calon mana yang ingin dipilih – Ku Li

GUA MUSANG – Penyelesaian isu setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat mampu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan esok.

Pengarah PRK DUN Nenggiri BN, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata parti itu banyak memberi perhatian mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi rakyat luar bandar.

“Kita menawarkan untuk berkhidmat bagi kawasan DUN Nenggiri, semestinya banyak perkara yang timbul menyentuh isu rakyat tempatan jadi kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap soal ini.

“Sekarang ini kita berhadapan masalah setempat, jadi fokus kita mestilah mengenai perkara yang menghimpit kehidupan rakyat tempatan terutamanya di kawasan DUN Nenggiri,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika ketika ditemui selepas Program Perasu Berselawat di Perkarangan Pejabat Felda Perasu yang turut dihadiri Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, malam tadi.

Beliau yang mesra di sapa Ku Li berkata sangat berpuas hati dengan kerjasama antara jentera yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen.

“Ini menandakan bahawa mereka (jentera) sudah melakukan pekerjaan dengan baik malah ini memberikan harapan yang positif kepada parti.

“Berdasarkan taklimat yang diadakan juga kita tidak berdepan dengan apa-apa permasalahan yang besar dan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Ku Li turut menyeru pengundi di DUN Nenggiri untuk keluar dan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi esok.

“Keluarlah mengundi tidak kira calon mana yang ingin dipilih, undi ini yang akan menentukan perubahan yang mereka mahukan,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *