Helikopter bawa lima individu terhempas di pergunungan utara Nepal

Helikopter bawa lima individu terhempas di pergunungan utara Nepal

NEPAL – Sebuah helikopter yang membawa empat penumpang dan seorang juruterbang dilapor terhempas di kawasan pergunungan yang terletak di utara ibu kota Nepal pada Rabu.

Pihak berkuasa memaklumkan helikopter tersebut berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kathmandu dan sedang menuju ke bandar Syaprubeshi.

Difahamkan, helikopter tersebut dimiliki oleh Air Dynasty yang berpusat di Nepal dan dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan beberapa minit selepas berlepas.

Empat penumpang merupakan warga China, manakala juruterbang adalah warga Nepal.

Setakat ini, tiada perkembangan lanjut berhubung kejadian. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *