Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh

Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh

WASHINGTON – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyeru rakyat negara itu untuk “bersatu padu” selepas terselamat dari cubaan bunuh ketika perhimpunan kempen di Pennsylvania, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Trump, 78, yang bertanding untuk menyingkirkan penggantinya Presiden Joe Biden dalam pilihan raya November, ditembak di telinga ketika insiden di Butler, utara Pittsburgh, pada Sabtu.

Seorang penonton terbunuh dan dua lagi cedera parah, manakala penembak – yang dinamakan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai Thomas Matthew Crooks, 20 – dibunuh oleh ejen Perkhidmatan Rahsia AS.

Dalam catatan di platform media sosialnya, Truth Social pada Ahad, Trump berkata, “hanya tuhan sahaja yang menghalang perkara yang tidak diingini daripada berlaku”.

Trump memberikan penghormatan kepada mangsa tembakan itu. “Kasih sayang kami kepada mangsa dan keluarga mereka. Kami berdoa untuk pemulihan mereka yang cedera dan ingatan kami kepada warga yang dibunuh dengan begitu dahsyat,” catatnya.

Beliau menyambung: “Adalah lebih penting daripada sebelumnya, kita bersatu dan menunjukkan perwatakan sejati kita sebagai rakyat Amerika, tetap kuat dan bertekad, dan tidak membenarkan kejahatan menang”.

Dengan Konvensyen Nasional Republikan yang dijadual bermula di Milwaukee, Wisconsin, pada Isnin, Trump berkata, beliau teruja untuk berucap semasa menerima pencalonan rasmi parti itu untuk pilihan raya presiden. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *