Pelakon Beverly Hills, 90210, Shannen Doherty meninggal dunia akibat kanser

Pelakon Beverly Hills, 90210, Shannen Doherty meninggal dunia akibat kanser

PELAKON Shannen Doherty yang popular menerusi watak Brenda Walsh dalam drama Beverly Hills, 90210, meninggal dunia akibat kanser payudara pada usia 53 tahun.

Memetik portal People, jurucakap mendiang Doherty iaitu Leslie Sloane mengesahkan kematian aktres itu.

“Dengan hati yang berat, saya mengesahkan pemergian pelakon Shannen Doherty. Pada hari Sabtu, 13 Julai, dia tewas dalam perjuangan melawan kanser selepas bertahun-tahun berdepan penyakit itu,” katanya.

Sebelum ini, Doherty secara terbuka berkongsi mengenai perjuangan melawan kanser payudara yang didedahkan pada 2015.

Tahun lalu, mendiang Doherty menjalani pembedahan membuang tumor otak dan mendedahkan kanser sudah merebak ke tulang.

Mendiang dilahirkan di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada 12 April 1971 dan sudah berlakon sejak kecil.

Doherty berkahwin tiga kali dengan yang terbaharu, bersama jurugambar, Kurt Iswarienko. Namun, Doherty memfailkan perceraian terhadap lelaki itu, tahun lalu. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *