Menteri Sukan Perancis berenang di Sungai Seine menjelang Sukan Olimpik Paris

Menteri Sukan Perancis berenang di Sungai Seine menjelang Sukan Olimpik Paris

PARIS – Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, berenang di Sungai Seine pada Sabtu – kurang dua minggu sebelum bermulanya Sukan Olimpik Paris, lokasi di mana atlet triatlon dan perenang air terbuka akan bertanding dalam acara mereka di sungai itu.

Mengenakan pakaian renang, Oudea-Castera berenang bersama atlet para-triatlon Perancis, Alexis Hanquinquant.

Acara itu berlangsung berhampiran Pont Alexandre III di mana acara renang triatlon Olimpik akan diadakan, dan acara renang air terbuka juga akan berlangsung di situ semasa temasya sukan dunia dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Oudea-Castera berenang sehari selepas bandar raya itu memaklumkan bahawa kualiti air Sungai Seine cukup baik untuk menganjurkan acara Olimpik yang dirancang dalam enam dari tujuh hari terakhir.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, juga merancang untuk berenang di Sungai Seine pada Rabu, dan begitu juga Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Hidalgo pada mulanya ingin melakukan renangan pada 23 Jun tetapi kualiti air pada masa itu dianggap tidak cukup baik.

Hujan lebat di Paris dan kawasan hulu merupakan sebab utama masalah kualiti air. – BERNAMA-dpa

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *