Hubungan sulit punca 3 wanita gaduh di parkir pasar raya - Polis

Sembilan dirakam keterangan berkait ugut, fitnah pempengaruh yang ditemukan mati

KUALA LUMPUR – Sembilan individu sudah dirakam keterangan berhubung ugutan dan ancaman terhadap pempengaruh media sosial, Rajeswary atau lebih dikenali di TikTok sebagai Esha.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, ia bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat mangsa pada Rabu lalu sebelum ditemui meninggal dunia keesokan harinya dipercayai akibat membunuh diri.

“Siasatan masih berjalan dan setakat ini sembilan saksi termasuk ahli keluarga mangsa sudah dirakam keterangan, namun masih tiada tangkapan baharu,” katanya kepada Harian Metro di sini, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang wanita tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung ugutan terhadap Rajeswary ditemukan meninggal dunia di rumahnya, Khamis lalu.

Polis menerima laporan jam 4.13 petang pada Rabu lalu daripada seorang lelaki berusia 39 tahun berhubung ugutan diterima mangsa di aplikasi TikTok.

Laporan dibuat berhubung dua akaun TikTok iaitu Dulal Brothers dan ‘Alphaquinnsha’ mengenai fitnah dan ugutan terhadap Rajeswary.

Ahmad Sukarno berkata, kedua-dua akaun TikTok terbabit menggunakan gambar Rajeswary sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun media sosial suspek.

Semalam, polis mengesahkan menerima dakwaan daripada seorang pempengaruh yang didakwa menjadi mangsa buli siber sebelum meninggal dunia di sebuah kondominium di Setapak, di sini Jumaat lalu.

Laporan tersebut dibuat oleh Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha, 30, pada Khamis lalu sehari sebelum wanita tersebut dilaporkan meninggal dunia.

Bagaimanapun polis tidak dapat membuka kertas siasatan berikutan mangsa tidak dapat hadir memberikan keterangan pada keesokan harinya.

Ahmad Sukarno berkata, pihaknya menerima laporan buli itu yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Sentul.

Katanya, pihaknya telah meminta pengadu untuk memberikan keterangan, namun dia belum tampil.

“Kejadian kematian itu berlaku di Setapak pada Jumaat (keesokan harinya) dan sehingga kini pengesahan (kes buli siber) tidak dapat dibuat kerana pengadu tidak memberikan keterangan.

“Oleh itu tidak dapat dipastikan sama ada kematiannya disebabkan isu TikTok atau disebabkan orang lain untuk setakat ini,” katanya. – ND.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *