BERITA UTAMA
Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama

Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa perlu ada proses rundingan untuk peruntukan yang adil dan saksama.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa selepas mendengar jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan peruntukan sama rata kepada pembangkang.

Dalam jawapan beliau, Perdana Menteri menegaskan rundingan perlu dilakukan bersama kerajaan, sama seperti dilakukan beliau semasa menjadi Ketua Pembangkang.

“Saya setuju bahawa tidak harus ada mana-mana Ahli Parlimen atau pimpinan politik yang ego, sombong, tidak ingin berunding untuk bantuan kebajikan bagi kawasan Parlimen dan rakyatnya.

“Saya harap apa yang berlaku sebelum ini di Bera akan diteruskan di bawah pimpinan Perdana Menteri dan insya-Allah akan dapat diteruskan sebagai standard politik yang baik pada masa-masa pemerintahan akan datang,” katanya.

Astro AWANI pada 1 Julai lepas melaporkan, Syed Saddiq berjaya menamatkan larian solonya sejauh 200 kilometer pada Isnin lepas.

Objektif utama larian itu adalah bagi menuntut peruntukan Ahli Parlimen RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal.

Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan berkata, larian itu sebagai salah satu cara untuk menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.

Larian itu juga dibuat bagi mengutip dana RM100,000 untuk operasi Pusat Khidmat Muar.

Ahli Parlimen Muar itu tiba di Parlimen kira-kira pukul 9.30 pagi ini selepas menamatkan misi lariannya itu. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *