BERITA UTAMA
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta

Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Noh yang mengesahkan perkara berkenaan kepada Sinar Harian berkata, permohonan itu dibuat secara terus dalam talian tanpa diketahui sesiapa pada Khamis.

Menurut Noh, keputusan itu dibuat berikutan kekecewaannya dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah,

“Saya amat sedih dengan nasib ‘Bossku’ (Najib) dan semalam (Rabu) pihak beliau gagal mencabar titah supaya menjalani baki hukuman penjara di rumah,” katanya, memetik portal Sinar Harian pada Khamis.

Sehubungan itu, Noh memaklumkan, keputusan itu mendorong beliau mengubah fikiran untuk menjadi ahli Bersatu dan sudah mendapat sijil keahliannya.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mendedahkan beliau telah beberapa kali menemui bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu di mahkamah sebelum ini dan Najib berpesan supaya beliau bersabar dan tidak memasuki mana-mana parti politik.

“Saya menghormati pandangan Bossku yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan berhati besar.

“Apabila dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak mempergunakan UMNO dan sanggup meletak jawatan sebagai Presiden parti bagi menghadapi kes beliau secara peribadi. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *