BERITA UTAMA
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan

MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 3.15 petang semalam, bagi membantu siasatan satu kes sedang dijalankan.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, suruhanjaya itu telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur ditetapkan.

Susulan itu, MCMC memberitahu, Hishammuddin bukan subjek siasatan, sebaliknya tindakan itu diambil bertujuan merakam kenyataan beliau berhubung satu kandungan bersifat jelik dipercayai telah dikongsi semula melalui laman blog ‘TukarTiub’ miliknya.

“Tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat dan siasatan telah selesai pada jam 6.45 petang (semalam),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut sebarang tindakan siasatan yang dijalankan MCMC terhadap mana-mana individu adalah berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

Semalam, sebuah portal melaporkan aktivis sosial itu disoal siasat oleh polis selama lebih dua jam berhubung catatan blognya diterbitkan pada 25 April lalu, yang menimbulkan persoalan mengenai status kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *