AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas

AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas

MALANG (Indonesia) – Kem olahraga terus menyinar dengan menambah empat pingat emas di hari kesembilan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Lapangan Atletik Universitas Negeri Surabaya (UNESA) menyaksikan Muhammad Azeem Mohd Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200m dengan catatan masa 21.15 saat meninggalkan pelari tuan rumah Muhamad Ramdan Fitadi (21.43s) dan pencabar Thailand Ruamchok Semathong (21.80s).

Kecemerlangan itu diteruskan atlet tukul besi Sadat Marzuki Ajisan yang menyambar pingat emas selepas melakukan balingan sejauh 59.18m menewaskan pencabar tuan rumah Putera Rafika 47.48m dan atlet Filipina John Laur Ballelos 45.75m.

Acara 800m lelaki turut membutirkan satu lagi pingat emas menerusi Wan Muhamad Fazri Wan Zahri yang menamatkan larian dengan catatan masa 1:51.28s di hadapan pelari Filipina David Paul Matibag (1:52.25s) dan atlet Timor Leste Manuel Belo Amaral (1:53.51s).

Emas keempat olahraga muncul menerusi acara lompat tinggi lelaki selepas Muhammad Aiman Syazwan Abdullah melakukan catatan 2.10m menewaskan rakan senegara Farrel Felix Jurus (2.05m) yang meraih perak dan atlet tuan rumah Rafael memperoleh gangsa (2.05m).

Dengan empat pingat emas ini, skuad olahraga mencapai sasaran 10 pingat emas selepas mengumpul empat pingat emas semalam dan dua pada Selasa. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *