Rakyat Malaysia di Asia Barat digesa daftar segera dengan kedutaan - Wisma Putra

Rakyat Malaysia di Asia Barat digesa daftar segera dengan kedutaan – Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggesa rakyat Malaysia yang melawat atau menetap di rantau Asia Barat, dan masih belum mendaftar dengan Kedutaan Malaysia yang terdekat, agar berbuat demikian dengan segera.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata langkah tersebut bagi memudahkan pihak kedutaan untuk memanjangkan bantuan konsular dengan segera, sekiranya perlu.

Kementerian itu menambah pihaknya sedang memantau rapi perkembangan semasa di rantau Asia Barat.

“Malaysia secara berterusan telah menyeru kepada gencatan senjata di Gaza dan supaya semua pihak yang terlibat untuk meredakan ketegangan supaya situasi ini tidak merebak.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mengambil kira perkembangan ini, Kerajaan Malaysia komited dalam memastikan keselamatan semua warganegara Malaysia terus terpelihara,” kata Kementerian Luar hari ini.

Jelas Kementerian Luar lagi, Kerajaan Malaysia melalui Pejabat-pejabat Kedutaannya terus berhubung rapat dengan rakyat yang telah berdaftar, dan bantuan konsular akan disalurkan dengan segera sekiranya diperlukan.

Katanya, rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau tersebut juga dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Senarai Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara boleh diperoleh melalui laman sesawang Kementerian Luar Negeri di www.k/n.gov.my.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *