EURO 2024: Sepanyol mara ke suku akhir dengan bergaya

EURO 2024: Sepanyol mara ke suku akhir dengan bergaya

SEPANYOL berjaya melangkah ke pusingan suku akhir selepas menyingkirkan Georgia 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Cologne, awal pagi tadi.

Jaringan sendiri Le Normand menghukum skuad La Roja untuk ketinggalan 1-0 sebelum Rodri menyamakan semula kedudukan dalam separuh masa pertama.

Enam minit selepas separuh masa kedua bermula, tandukan Fabian Ruiz menggandakan jaringan Sepanyol melalui hantaran kemas Lamine Yamal untuk mengatasi Georgia 2-1 pada minit ke-51.

Anak buah Luis de la Fuente terus konsisten mendominasi separuh masa kedua dengan serangan yang merbahaya tetapi Georgia yang bermain secara bertahan menyukarkan jentera serangan Sepanyol menambah jaringan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Nico Williams dan pemain gantian Dani Olmo menambah duka Georgia dengan jaringan pada minit ke-74 dan ke-82 untuk memastikan slot suku akhir menjadi milik Sepanyol.

Kedudukan 4-1 kekal hingga tamat perlawanan justeru membawa cabaran Sepanyol ke peringkat seterusnya berbanding Georgia yang terpaksa akur terkandas di pusingan 16 terbaik.

Untuk rekod, Sepanyol melakukan sekurang-kurangnya 35 percubaan dan 13 daripada percubaan tepat ke arah gawang pasukan Georgia.

Sepanyol akan berdepan cabaran daripada pasukan tuan rumah iaitu Jerman dalam pusingan suku akhir EURO 2024 nanti.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *