Zambry ketuai jentera BN gempur Sungai Bakap

Calon DUN Nenggiri, BN mula bincang

DUNGUN – Barisan Nasional (BN) dalam peringkat mengenal pasti calon yang layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Kecil DUN Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, BN telah mengadakan perbincangan awal sebagai persiapan menghadapi PRK itu yang dikosongkan DUN Kelantan minggu lalu.

Beliau berkata, kepimpinan UMNO Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam.

“Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan persiapan awal termasuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak untuk mewakili BN bagi menghadapi PRK Nenggiri.

“Kita akan segera mengumumkan nama calon dan kita akan bergerak bersama kepimpinan untuk berdepan dengan PRK itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun di Dewan Dagang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin PSMZA hari ini.

Zambry yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, kerjasama kempen yang dilakukan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada kempen PRK Sungai Bakap sangat membanggakan.

“Kerja kempen tidak ada sebarang masalah dari segi pengurusan dan bagaimana kerjasama kedua-dua pihak memberikan indikasi yang baik,” katanya.

Katanya, semua pengundi PRK Sungai Bakap dapat menilai parti mana yang mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Parti lawan menggunakan referendum protes dan ini bukan kali pertama di PRK Sungai Bakap malah mereka menggunakan istilah yang sama di PRK Kuala Kubu Baharu dan Kulai.

“Kalau mengikut cara retorik mereka apakah hasilnya nanti. Maka tentunya rakyat dapat memikirkan perkara yang paling mustahak ialah siapakah calon yang bertanding di Sungai Bakap itu dapat memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *