BERITA UTAMA
TDM sahkan helikopter Agusta L109H mendarat cemas pagi tadi

TDM sahkan helikopter Agusta L109H mendarat cemas pagi tadi

KUALA LUMPUR – Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah helikopter m81-11 (Agusta L109H) melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor, awal pagi tadi.

TDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian berlaku ketika sesi latihan penerbangan membabitkan tiga anak kapal yang dikenal pasti mengalami kecederaan.

“TDM mengesahkan sebuah pesawat M81-11 (Agusta L109H) melakukan pendaratan kecemasan di mana kejadian berlaku ketika sesi Latihan Penerbangan Malam, Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang, Johor jam 1.35 pagi hari ini.

“Insiden ini melibatkan tiga anak kapal, terdiri daripada jurulatih helikopter, penuntut kursus dan krew kuatermaster,” katanya.

Berita lanjut menyusul

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *