Kumpulan EPB Sasar Kumpul RM40.08 Juta daripada IPO Pasaran ACE

Kumpulan EPB Sasar Kumpul RM40.08 Juta daripada IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR – EPB Group Berhad (EPB) dan kumpulan anak syarikatnya (Kumpulan EPB), pembekal sehenti bagi penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, mensasarkan untuk mengumpul RM40.08 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) yang dilancar hari ini ke Pasaran ACE.

Permohonan untuk IPO telah dibuka bermula jam 10 pagi ini berikutan pelancaran prospektus dan akan ditutup pada jam 5 petang 31 Julai ini.

Tarikh penyenaraian IPO Syarikat di Pasaran ACE Bursa Securities disasarkan pada 23 Ogos 2024. Pada harga sebanyak RM0.56 sesaham IPO, EPB akan mempunyai modal pasaran RM208.32 juta di hadapan debutnya.

Pengarah Urusan EPB Group Berhad, Yeoh Chee Min berkata, pihaknya amat menghargai pengesahan daripada Bursa Securities untuk IPO di Pasaran ACE Bursa Securities.

“Peristiwa penting ini menandakan satu pencapaian bagi perjalanan Kumpulan kami, yang akan meningkatkan keterlihatan kami dan membolehkan kami mengembangkan jejak perniagaan.

“IPO berfungsi sebagai pintu masuk ke pasaran modal, memberikan kami sumber yang diperlukan untuk memacu fasa pertumbuhan dan inovasi kami yang seterusnya, terutama dalam bidang integrasi robotik dalam penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan yang disediakan kepada pelanggan kami pada masa ini,” katanya di sini, hari ini.

Kumpulan EPB, yang ditubuhkan pada tahun 1992, telah membina kehadiran pasaran kukuh sebagai pembekal penyelesaian yang komprehensif dalam reka bentuk, penyesuaian, fabrikasi, penyepaduan dan automasi tertib pengeluaran untuk segmen penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan.

Kumpulan EPB juga cemerlang dalam perdagangan selongsong selulosa serta pembuatan dan perdagangan bahan pembungkusan yang fleksibel, memenuhi pelbagai keperluan dalam industri pembuatan makanan.

IPO yang dilancarkan itu mengandungi Terbitan Awam 71,570,000 saham biasa baharu (Saham Terbitan).

Manakala 19,570,000 Saham Terbitan, atau 5.26 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia melalui cara pengundian, yang 50 peratus daripada peruntukan ini mewakili 9,785,000 Saham Terbitan akan disediakan kepada pelabur awam bumiputera.

Sebanyak 21,196,000 Saham Terbitan, atau 5.70 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disimpan untuk permohonan oleh pengarah yang layak, pengurusan kanan utama yang layak, pekerja yang layak dan sekutu perniagaan (termasuk mana-mana orang lain yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan EPB).

Sebanyak 30,804,000 Saham Terbitan, atau 8.28 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI melalui penempatan persendirian.

Tawaran untuk jualan 40 juta saham biasa (Saham Tawaran) penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI dan 15,696,000 Saham Tawaran, atau 4.22 peratus daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI.

 

Syarikat turut memperuntukkan kepada pelabur terpilih 24,304,000 Saham Tawaran, atau 6.53% daripada modal saham terbitan diperbesarkan semasa penyenaraian, akan disediakan kepada pelabur terpilih.

Chee Min menambah, perolehan daripada Terbitan Awam berjumlah RM40.08 juta akan diperuntukkan untuk tujuan Pembesaran kilang. Termasuk pemerolehan tanah, pembinaan kilang baharu, dan pembelian jentera untuk meningkatkan keupayaan operasi.

Digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank, modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian.

Malacca Securities Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan, dan WYNCORP Advisory Sdn. Bhd. ialah Penasihat Kewangan Korporat EPB Group Berhad. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *