Hasek akur kegagalan Republik Czech

Hasek akur kegagalan Republik Czech

HAMBURG – Pengendali Republik Czech, Ivan Hasek akur dengan kegagalan pasukan yang tewas 2-1 di tangan Turkiye sekali gus tersingkir dari saingan Euro 2024.

Skuad kendaliannya bermain lebih 70 minit dengan 10 pemain selepas Antonin Barak dilayangkan kad kuning kedua sebelum harapan mereka musnah menerusi jaringan lewat perlawanan Cenk Tosun yang memastikan kemenangan Turkiye.

“Saya harus katakan ia satu kegagalan apabila kami tersingkir, kami sedih kerana pasukan ini mampu untuk melangkah mara,” kata Hasek.

“Saya mewakili pemain memohon maaf, mereka bermain dengan baik, mereka berdepan risiko kecederaan sehingga penghujung perlawanan.”

Kad merah Barak memberikan peluang berharga buat Turkiye yang hanya memerlukan keputusan seri untuk menjamin tempat kedua dalam Kumpulan F dan slot ke pusingan 16 terbaik.

Hakan Calhanoglu membuka tirai jaringan perlawanan buat Turkiye sebelum Tomas Soucek menyamakan kedudukan.

“Saya tidak lagi melihat rakaman video mengenai dua kesalahan dilakukannya (Barak), saya tidak mahu berkata apa-apa,” kata Hasek.

“Ia meninggalkan kesan besar kepada perlawanan, kami mempunyai strategi sebelum memasuki padang.

“Saya tidak mahu kata yang kami tidak menang kerana keputusan pengadil, kami seharusnya menewaskan Georgia dan perlawanan ini sudah tentu akan menjadi berbeza.” – AFP

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *