BERITA UTAMA
Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa

Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa

KAHERAH – Pemberontak Houthi di Yaman mendakwa, pihaknya menyertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi, menyasarkan empat kapal di pelabuhan Haifa di utara Israel.

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen, jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree menegaskan, kedua-dua kumpulan itu melancarkan serangan dron ke atas dua kapal tangki simen dan dua kapal kargo di pelabuhan Haifa pada Sabtu.

Kata jurucakap itu, kapal berkenaan milik syarikat yang ‘melanggar larangan memasuki pelabuhan Palestin yang didudukinya.’

Bagaimanapun, sehingga kini, tentera Israel belum memberi maklum balas segera, walaupun awal bulan ini menafikan dakwaan sama oleh Houthi.

Menurut Saree, Houthi menyerang Express Shorthorn di Mediterranean menggunakan dron sebagai sebahagian daripada strategi kumpulan itu untuk mengganggu perkapalan di laluan laut utama, sebagai solidariti dengan rakyat Palestin dalam perang di Gaza.

“Kedua-dua operasi itu berjaya mencapai objektif dan serangan itu kena tepat pada sasaran,” katanya.

Dalam perkembangan sama, tiada pengesahan mengenai serangan terbabit dan Reuters juga tidak dapat mengesahkan dakwaan itu.

Houthi yang bersekutu dengan Iran, pertama kali melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan itu pada November.

Dalam berpuluh-puluh serangan, mereka sudah menenggelamkan dua kapal, merampas sebuah lagi dan membunuh sekurang-kurangnya tiga kelasi. – Reuters

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *