BERITA UTAMA
4,836 rumah rosak dalam dua kes ribut di Perlis

4,836 rumah rosak dalam dua kes ribut di Perlis

KANGAR – Sebanyak 48 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis pada hari ini dan Jumaat lalu, menurut rekod Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setakat jam 10 pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor, berkata berdasarkan angka yang dikemas kini pihaknya dari semasa ke semasa itu, sebanyak 37 rumah rosak dalam kejadian pagi ini, manakala 11 rumah terjejas pada Jumaat lalu.

“Kebanyakan rumah itu rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin. Kejadian hari ini melibatkan kawasan Kariah Behor Mentaloon, Kariah Chemumar, Kariah Tambun Tulang, Kariah Batu 5, Kariah Mata Air, Kariah Sungai Padang dan Kariah Oran masing-masing dua rumah.

“Sementara Kariah Bunga Emas, Kariah Padang Besar Kurung Anai, Kariah Pauh Sanglang, Kariah Kampung Chantik, Kariah Guar Syed Alwi, Kariah Sungai Berembang, Kariah Tok Kaya dan Kariah Mengkuang Layar masing-masing sebuah rumah dan Kariah Longboh (tiga rumah).

“Kejadian Jumaat lepas pula membabitkan kawasan Kariah Guar Syed Alwi yang melibatkan tiga rumah rosak, manakala Kariah Sungai Batu Pahat, Kariah Sungai Berembang, Kariah Jelempok, Kariah Titi Beratap, Kariah Kampung Sena, Kariah Oran, Kariah Behor Mempelam dan Kariah Sungai Padang masing-masing sebuah rumah terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Nazim berkata, kerosakan kecil akan diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala kerosakan besar akan dirujuk JKM untuk membolehkan MAIPs menyalurkan bantuan.

“Bagi kerosakan perniagaan dikehendaki melaporkannya kepada Majlis Perbandaran Kangar (MPK) untuk MPK panjangkan kepada tindakan agensi pemberi bantuan seperti MAIPs dan agensi berkaitan,” katanya.

Difahamkan kejadian ribut pada Jumaat lalu berlaku kira-kira jam 7 pagi, manakala kejadian hari ini terjadi kira-kira jam 2 pagi. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *