BERITA UTAMA
Kaki judi EURO 2024 dicekup

Kaki judi EURO 2024 dicekup

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dicekup dipercayai terlibat dalam pertaruhan judi bola sepak EURO 2024 di medan selera di Jinjang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi.

“Ketika ditahan, suspek sedang membuka laman web pertaruhan berkait judi bola sepak EURO 2024.

“Dipercayai mereka ini ialah pemain (player) bukan bookie dan polis telah merampas dua telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian aktiviti pertaruhan haram terbabit.

Menurutnya, suspek tiada rekod lampau dan keterangannya telah direkodkan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1963.

“Polis mengesan terdapat segelintir individu menjadikan premis makanan sebagai tempat untuk membuat pertaruhan. Jadi, operasi dan risikan dilaksanakan bagi menangani kegiatan itu,” ujarnya.

Tegas beliau, pihak polis memberi amaran tegas dalam usaha membanteras kegiatan judi tidak berlesen dan orang ramai digesa untuk menyalurkan maklumat sebarang aktiviti perjudian bagi tindakan lanjut. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *