BERITA UTAMA
Anggota polis ditemukan mati, leher dijerut jaket dalam tandas R&R

15 individu diambil keterangan bantu siasatan kes keracunan makanan

GOMBAK – Seramai 15 individu termasuk pengusaha katering dipanggil polis untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mereka yang dipanggil melibatkan penganjur, ahli jawatankuasa, pengetua sekolah dan penyedia makanan.

“Mangsa yang mengalami keracunan makanan pula akan dirakam percakapan mereka hari ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Minggu lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan selepas bersarapan pada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat Daerah Gombak.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ummi Kalthom Shamsudin berkata, keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur ‘mata’ yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa.

Dua mangsa yang meninggal dunia melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 19 bulan dan remaja lelaki 17 tahun.

Mereka dipercayai makan bihun goreng dan telur ‘mata’ yang disediakan untuk satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Chinchin, Gombak, pada 8 Jun lalu sebelum disahkan meninggal dunia. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *