BERITA UTAMA
Umat Islam rai sambutan Aidiladha dalam bayangan perang Gaza

Umat Islam rai sambutan Aidiladha dalam bayangan perang Gaza

KAHERAH – Umat Islam di kebanyakan tempat di dunia mula menyambut Aidiladha pada Ahad, di tengah-tengah perang dahsyat yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Cuti empat hari utama, bertepatan dengan ibadah haji di Makkah, Arab Saudi, mengikut kalendar lunar Islam, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Dalam khutbah sempena Aidiladha, seorang khatib di masjid paling suci dalam Islam di Mekah menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

“Aidiladha ini tidak membuat kita lupa saudara-saudara kita yang tidak berdaya dan orang-orang yang kita kasihi di Palestin,” kata Sheikh Abdel-Rahman al-Sudais, pegawai kanan agama dan ulama Arab Saudi, kepada jemaah di Masjidil Haram.

“Ya Allah, selamatkan Masjid al-Aqsa daripada pencerobohan dan ketidakadilan Zionis penjajah,” tambah al-Sudais dalam khutbah yang disiarkan di televisyen, merujuk kepada masjid ketiga paling suci dalam Islam di Baitulmaqdis.

Tanah Suci atau al-Haram al-Sharif dalam bahasa Arab, yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount, mengandungi tapak suci Islam Masjid al-Aqsa dan kubah suci Dome of the Rock.

Retorik al-Sudais muncul ketika Amerika Syarikat, sekutu tradisional Arab Saudi, sedang mendesak untuk perjanjian normalisasi antara Riyadh dan Israel.

Rakaman dari Gaza menunjukkan umat Islam menunaikan solat Aidiladha di tengah runtuhan kediaman mereka yang musnah.

Pada hari pertama Aidiladha atau Hari Raya Korban, umat Islam berkumpul awal pagi untuk solat di masjid-masjid.

Semasa Aidiladha, umat Islam juga menghormati kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya bagi membuktikan keimanannya kepada Allah.

Kambing biri-biri biasanya dipilih sebagai haiwan korban, dengan sebahagian daging diberikan kepada golongan miskin. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *