BERITA UTAMA
Ten Hag sahkan Manchester United cari pengurus lain

Ten Hag sahkan Manchester United cari pengurus lain

AMSTERDAM – Manchester United menghubungi pengurus berpotensi lain beberapa minggu kebelakangan ini tetapi pada akhirnya memutuskan untuk “memilih yang terbaik” bagi mengendalikan kelab itu, kata Erik Ten Hag mengesahkan spekulasi yang berlegar di sekeliling kelab itu sejak mereka memenangi Piala FA bulan lepas.

“Seperti dalam mana-mana organisas dan itu nampaknya sangat masuk akal bagi saya, ada penilaian,” kata Ten Hag ketika diwawancara dalam sebuah program sukan terbitan televisyen Belanda.

“Kesimpulan dibuat dari situ. Kepimpinan baharu sedang bermain bola sepak buat kali pertama,” katanya merujuk kepada pemilik baharu, Jim Ratcliffe.

Ten Hag menambah, syarikat Ratcliffe Ineos juga telah bercakap dengan jurulatih lain, seperti Thomas Tuchel.

“Itu bukan rahsia. Semua orang telah mendengar bahawa mereka telah bercakap dengan beberapa calon. Di Belanda itu tidak dilakukan. Anda tidak dibenarkan bercakap dengan kelab lain jika ada jurulatih semasa di sana. Tetapi di England peraturan dan undang-undang berbeza.

“Tetapi akhirnya mereka membuat kesimpulan bahawa mereka mempunyai jurulatih terbaik,” sindir Ten Hag.

Ten Hag memilih untuk bercuti di Ibiza sebaik masa depannya telah ditetapkan.

“Kami mengadakan perbincangan yang baik dan pelbagai topik dibincangkan. Salah satu kesimpulannya ialah kami akan melanjutkan kontrak. Tetapi kami masih perlu mencapai kata sepakat,” tambahnya.

Manchester United mungkin telah memenangi Piala FA tetapi berada di kedudukan kelapan adalah yang terburuk bagi kelab itu sejak 1990.

“Ia adalah musim bergelora. Tidak pernah ada saat yang membosankan,” tambah Ten Hag. – Reuters

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *