Euro 2024: Gol tunggal Jude Bellingham pastikan England dahului Kumpulan C atasi Serbia

Euro 2024: Gol tunggal Jude Bellingham pastikan England dahului Kumpulan C atasi Serbia

BINTANG Real Madrid, Jude Bellingham, menjadi penjaring tunggal memastikan England menewaskan Serbia 1-0 dalam aksi Kumpulan C, Euro 2024 di Veltins Arena sebentar tadi.

Pemain berusia 20 tahun itu bijak menghidu lambungan lintang Bukayo Saka untuk menanduk masuk gol pembukaan England pada minit ke-13.

Sebagai rekod, ia merupakan gol keempat Bellingham bersama skuad senior The Three Lions, lapor Stadium Astro.

Serbia tampil dengan permainan lebih fizikal dan bertekanan tinggi dalam babak kedua, tetapi ketumpulan di depan gawang jelas menghantui mereka.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebaliknya, England berpeluang menggandakan kelebihan pada minit ke-77, di mana lintangan yang dilakukan Jarrod Bowen ditanduk ke arah palang gol oleh ketua pasukan, Harry Kane.

Dusan Vlahovic hampir memecahkan kebuntuan Serbia pada minit ke-82 dengan percubaan voli jarak jauhnya, tetapi penjaga gol England, Jordan Pickford, bertindak tangkas menepis keluar percubaan itu.

Dengan kemenangan itu, The Three Lions kini mendahului carta Kumpulan C selepas Denmark dan Slovenia terikat 1-1 dalam satu lagi perlawanan. – ND

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *