BERITA UTAMA
Tarik lesen, batal syarikat jika naik tambang bas – Anwar

Tarik lesen, batal syarikat jika naik tambang bas – Anwar

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada pengusaha bas agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas susulan penyasaran subsidi diesel baru-baru ini.

Perdana Menteri dengan tegas berkata, amaran itu membabitkan pengusaha bas yang menerima manfaat penyasaran subsidi berkenaan.

Katanya, sekiranya itu berlaku tindakan penarikan lesen dan pembatalan syarikat bas berkenaan akan dilaksanakan.

Jelasnya, tindakan itu tidak seharusnya berlaku memandangkan mereka menerima subsidi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

“Kamu (pengusaha) diberi subsidi minyak dan kamu naik (tambang), kamu jaga. Saya tidak tahu orang lain, tapi kalau saya, kalau kamu naik (tambang) juga dengan keadaan kamu dapat subsidi, kami tarik lesen kamu, batalkan syarikat kamu. Kalau tak anak kita di sekolah terbeban,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini hari ini. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *